Tarikh : 16 Disember 2023
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 3 Orang

 

Tujuan 

Tujuan kelas kemahiran membuat poster kesedaran adalah untuk meningkatkan kesedaran seperti Jauhi Dadah, Dilarang Menghisap Rokok dan Jangan Menghisap Vape dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar seklah rendah. Selain itu, dapat mengembangkan kreativiti peserta. Ianya dapat merangsang kreativiti peserta dalam menyampaikan mesej melalui digital.

 

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta untuk membuat poster kesedaran dengan menggunakan platform PosterMyWall. Apabila selesai, peserta dikehendaki untuk membentangkan tentang tajuk-tajuk kesedaran yang telah mereka buat sebagai poster.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 16 Disember 2023
Masa : 9.00 AM - 10.00 AM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 15 Orang

 

Tujuan

Tujuan advokasi buli siber diadakan adalah untuk memberi kesedaran, pencegahan dan perlindungan. Dengan adanya info berkaitan advokasi buli siber, komuniti setempat dapat lebih proaktif dalam melawan dan mencegah buli siber serta mencipta lingkungan digital yang lebih positif dan aman. 

 

Aktiviti

Petugas mempersembahkan kisah-kisah kes bulisiber yang terjadi di Malysia untuk meningktkan kesedaran dan pemahaman. Selain itu peserta diberikan sesi penyelesaian masalah untuk mencari penyelesaian kreatif bagi isu-isu buli siber.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 10 Disember 2023
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Kelas Spelling Bee Words diadakan dengan tujuan untuk mengembangkan lagi kemahiran ejaan di dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, ia bertujuan untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang menyeronokkany, mendidik dan memotivasikan peserta untuk memperbaiki kemahiran ejaan mererka.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki untuk mengeja beberapa perkataan yang telah diberikan oleh petugas.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 10 Disember 2023
Masa : 12.00 PM - 1.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Kelas Kemahiran menaip bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran asas dan lanjutan dalam menaip dengan cepat dan berkesan. Ianya bertujuan untuk membantu peserta mengembangkan kemahiran menaip yang praktikal dan berguna dalam kehidupan harian.

 

Aktiviti

Rentetan daripada kelas Spelling, setelah selesai mengeja, petugas mengarahkan peserta menaip semula ejaan-ejaan yang telah diberikan untuk memahirkan lagi kemahiran menaip.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 10 Disember 2023
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Kelas Pengenalan Asas Microsoft Office Word dirancang untuk memberikan peserta kemahiran asas dalam menggunakan perisian pemprosesan Microsoft Word. Kelas ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran asas dalam menggunakan Microsoft Word untuk keperluan penulisan dan pengurusan dokumen harian.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang fungsi-fungsi asas di dalam Microsoft Word. 

 

Gambar Di Sini