Tarikh | : 24 Februari 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Untuk menambah jumlah pengunjung ke Facebook Page Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Facebook banyak memberi maklumat-maklumat berguna dan informasi terkini berkenaan Covid-19 untuk komuniti.
Aktiviti
Peserta didedahkan oleh petugas dengan objektif dan fungsi sebenar Pusat Internet kepada komuniti.
Tarikh | : 20 Februari 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 22 Orang |
Tujuan
Setiap maklumat dan berita yang kita terima dan baca, perlulah dinilai dengan bijak terlebih dahulu. Jangan terus sebarkan untuk mengelakkan kekecohan. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Aktiviti
Petugas berkongsi langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan maklumat yang diterima adalah benar dan sahih.
Tarikh | : 21 Februari 2021 |
Masa | : 11.00 AM - 1.00 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Aplikasi Touch n Go E-wallet merupakan aplikasi yang bertujuan untuk memudahkan urusan jual beli tanpa menggunakan wang fizikal. Cara ini bukan sahaja memudahkan penjual dan pembeli, malahan dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 ketika ini.
Aktiviti
Petugas membantu peserta yang mempunyai masalah untuk mendaftar aplikasi Touch n Go E-wallet dengan berkongsi video tutorial.
Tarikh | : 21 Februari 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 22 Orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pengguna internet supaya tidak membuat dan menyebarkan kandungan palsu. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan kesan dan bahaya kepada ekonomi negara jika berita palsu disebarkan kepada orang ramai.
Tarikh | : 19 Februari 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp dan Facebook Page |
Peserta | : 22 Orang |
Tujuan
Peralatan komunkasi tanpa label MCMC boleh menyebabkan gangguan kepada sambungan wayarles atau peralatan tidak berfungsi dengan sempurna, tetapi yang lebih membimbangkan kita tidak tahu adakah ianya selamat untuk digunakan.
Aktiviti
Untuk memastikan kesahihan label MCMC pada peralatan komunikasi, petugas berkongsi cara menggunakan aplikasi "Check Your Label" atau layari laman sesawang https://ecomm.sirim.my