Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada kenyataan media PMO pada 28 Mei 2021 berkenaan dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Setelah mempertimbangkan keselamatan kakitangan PIK yang bertugas di seluruh negara serta penduduk setempat yang akan mengunjungi PIK, maka adalah diputuskan bahawa operasi PIK diseluruh negara akan ditutup sepanjang Fasa 1, 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, PIK Taman Seri Cahaya akan ditutup sementara bermula pada 13 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021.

Kami petugas PIK Taman Seri Cahaya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Jaga diri, jaga kesihatan, jaga keluarga dan yang paling penting jaga SOP di hari raya nanti.

#RayaPKP
#Covid19
#KitaJagaKita
#JagaSOP