Nama : Nurul Ain Najiha Bt Mohd Asri
Umur : 9 Tahun
Tahun Keahlian : 2023

 

Latar Belakang

Ain Najiha merupakan seorang kanak-kanak yang fokus ketika belajar dan suka untuk mencuba benda yang baharu. Ain Najiha merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya dan merupakan ahli aktif NADI Taman Seri Cahaya. Ain Najiha rajin menghadiri program di NADI Taman Seri Cahaya untuk mengisi masa lapang.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas – kelas di NADI Taman Seri Cahaya, kemahirannya menggunakan komputer adalah sangat terhad dan beliau tidak mahir untuk menaip dan juga melayari internet.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas dan latihan di NADI, beliau kini boleh menaip dan pandai melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam proses pembelajaran. Beliau juga suka untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian