Tarikh : 24 September 2023
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 15 Orang

 

Tujuan

Penggunaan media sosial tanpa batasan akan mendedahkan kita tanpa mengira peringkat umur kepada buli siber. Buli siber perlulah dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya masalah ini tidak menjadi semakin teruk.

 

Aktiviti

Para petugas memberi maklumat kepada peserta berkaitan tajuk advokasi. Antara maklumat yang dikongsi adalaah cara bagaimana buli siber boleh terjadi dan cara untuk menghindari daripada dibuli.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 17 September 2023
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Jenayah siber yang melibatkan perbankan dalam talian semakin berleluasa. Elakkan dari memberi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali.

 

Aktiviti

Para petugas berkongsi maklumat tentang jenayah siber kepada peserta melalui video dan petugas mengadakan sesi soal jawab kepada peserta.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 24 September 2023
Masa : 4.00 PM - 5.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada peserta tentang struktur sayap kelawar yang unik. Peserta dikehendaki untuk membuat modal kelawar agar lebih memahami tentang struktur kelawar.

 

Aktiviti

Para petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk menghasilkan kelawar daripada sekeping kertas. Peserta dikehendaki mengikuti setiap langkah untuk membuat model kelawar.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 24 September 2023
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 15 Orang

 

Tujuan

Maklumat palsu merupakan salah satu masalah terbesar negara kita. Penyebaran maklumat palsu yang pantas dapat mengganggu keamanan negara dan memecah-belahkan rakyat. Oleh itu, kita perlu mendedahkan kesan buruk dan cara pencegahan penyebaran berita palsu kepada semua.

 

Aktiviti

Para petugas berkongsi video kepada peserta berkaitan topik advokasi iaitu maklumat palsu. Kemudian, petugas mengadakan sesi soal jawab setelah selesai menonton video advokasi.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 24 September 2023
Masa : 3.00 PM - 4.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Aerodinamik merupakan ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara. Antara contohnya ialah seperti kereta bergerak di atas jalan raya atau kapal terbang melintasi ruang udara. Kelas ini bertujuan untuk melakukan eksperimen berkaitan aerodinamik.

 

Aktiviti

Para petugas menyediakan satu eksperimen iaitu kapal terbang aerodinamik. Peserta dikehendaki membuat kapal terbang aerodinamik yang diperbuat daripada kertas dan kemudian cuba menerbangkan kapal terbang kertas aerodinamik.

 

Gambar Di Sini