Tarikh | : 23 Ogos 2023 |
Masa | : 9.00 AM - 1.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Aplikasi tiktok merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan secara atas talian. Hal ini kerana, penggunaan tiktok sangat tinggi di Malaysia. Pelbagai faedah yang boleh didapati oleh penjual dan juga pembeli ketika menggunakan tiktok sebagai platform penjualan dan pembelian.
Aktiviti
Peserta dibimbing oleh seorang jurulatih yang mahir menggunakan aplikasi tiktok dan peserta ditunjukkan langkah-langkah untuk mendaftar akaun tiktok sebagai penjual.
Tarikh | : 20 Ogos 2023 |
Masa | : 10.00 AM - 11.00 AM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Aplikasi agrobazaar merupakan salah satu aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk berbelanja barangan basah dan kering. Peserta didedahkan dengan cara-cara untuk mendaftar akaun sebagai pembeli dan juga penjual.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan penggunaan agrobazaar iaitu aplikasi untuk membeli belah secara atas talian. Kemudian peserta dikehendaki untuk mendaftar akaun agrobazaar sebagai pembeli.
Tarikh | : 26 Ogos 2023 |
Masa | : 9.00 AM - 11.00 AM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Sempena bulan kemerdekaan, setiap rakyat malaysia perlulah mengambil tahu tentang sejarah Malaysia. Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi malumat tentang Perdana Menteri yang telah mentadbir Malaysia.
Aktiviti
Para petugas memberi maklumat kepada peserta melalui video Pengenalan Perdana Menteri Malaysia. Kemudian para petugas memulakan sesi soal menyoal berkaitan tajuk yang dipelajari.
Tarikh | : 26 Ogos 2023 |
Masa | : 4.00 PM - 6.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Cuti sekolah pertengahan sudah bermula. Jadi untuk mengisi masa terluang pelajar sekolah, mereka perlulah menyusun jadual agar masa tidak terbazir dengan perkara yang sia-sia. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah cara-cara untuk menyusun jadual ketika cuti sekolah.
Aktiviti
Para petugas menunjukkan contoh cara menyusun jadual menggunakan Microsoft Word.
Tarikh | : 26 Ogos 2023 |
Masa | : 3.00 PM - 4.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Fotosintesis merupakan satu kaedah yang digunakan oleh tumbuh tumbuhan untuk mendapatkan makanan dan nutrien. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui tentang proses fotosintesis.
Aktiviti
Para petugas berkongsi maklumat berkaitan fotosintesis dengan menunjukkan video daripada youtube dan setelah selesai, para petugas mulakan sesi soal menyoal berkaitan tajuk yang dipelajari.