Tarikh | : 07 Mac 2022 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Membantu kanak-kanak komuniti setempat untuk mendapatkan kemahiran asas komputer sebagai ilmu tambahan dan meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti sekolah.
Aktiviti
Petugas mengajar kemahiran asas Microsoft Excel dan membantu peserta yang mempunyai masalah.
Tarikh | : 18 Februari 2022 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp, Facebook Page dan Portal PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada ahli komuniti untuk meningkatkan lagi keselamatan akaun media sosial dengan menggunakan Pengesahan Dua Faktor. Hal ini dapat mengelakkan menjadi mangsa penggodaman.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan kepentingan Pengesahan Dua Faktor untuk apa sahaja akaun atas talian.
Tarikh | : 12 Februari 2022 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada ahli komuniti yang ingin membuat pinjaman untuk membuat semakan terlebih dahulu di aplikasi i-KrediKom yang disediakan oleh KPKT untuk mendapatkan kepastian mengenai syarikat peminjam wang berlesen tersebut.
Aktiviti
Petugas berkongsi tentang bahaya mempercayai iklan pinjaman wang diatas talian tanpa menyemak syarikat tersebut.
Tarikh | : 20 Februari 2022 |
Masa | : 11.30 AM - 12.30 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Untuk membantu mengurangkan beban ahli komuniti yang terkesan akibat bencana alam banjir yang berlaku baru-baru ini dengan memberi pendedahan kepada bentuan-bantuan untuk mangsa banjir.
Aktiviti
Petugas berkongsi cara untuk memohon bantuan banjir daripada Lembaga Zakat Selangor kepada peserta dan membantu mereka yang mempunyai sebarang masalah.
Tarikh | : 16 Februari 2022 |
Masa | : 4.00 PM - 5.00 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Memberi kemudahan lain untuk mempromosikan dan meningkatkan jualan peniaga kecil dengan memperkenalkan medium baharu untuk berniaga iaitu Aplikasi Yezza Store.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan Aplikasi Yezza Store dan membantu peserta yang mempunyai masalah.