Tarikh : 17 April 2022
Medium : Aplikasi Whatsapp dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Hentikan penyebaran kenyataan berunsur negatif yang boleh mengancam keamanan negara demi kepentingan bersama. Jaga perpaduan sesama kita, elakkan diri dari menyokong hasutan-hasutan berunsur negatif dan boleh menyinggung perasaan orang lain.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi kempen yang dijalankan oleh MCMC untuk melaporkan sebarang kandungan yang mempunyai unsur-unsur berbaur hasutan yang dapat menggugat keamanan dan keharmonian negara.

 

Gambar di sini 

 

Tarikh : 17 April 2022
Masa : 9.30 AM - 10.30AM
Medium : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 3 Orang

 

Tujuan

Perkongsian video tutorial lengkap ini bertujuan untuk membantu usahawan yang layak dan belum mendaftar dibawah program SPPP. Pendaftaran adalah percuma untuk semua pelajar IPT dan usahawan dalam kumpulan B40 yang layak (Usahawan yang dapat Bantuan Keluarga Malaysia).

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan program SPPP yang dapat membantu mereka untuk mendaftar kepada SSM secara percuma sekiranya layak dan cara pendaftaran atas talian.

 

Gambar di sini

Tarikh : 07 April 2022
Medium : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Kempen KDB Positif 'n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan fungsi dan tujuan kempen ini diperkenalkan kepada orang ramai oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh : 09 April 2022
Masa : 9.00 AM - 10.00 AM
Medium : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 3 Orang

 

Tujuan

Perkongsian Video mengenai kepentingan fungsi Antivirus dalam penjagaan komputer bagi memanjangkan jangka hayat komputer anda dan melindungi data peribadi anda.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi video mengenai kepentingan dan kelebihan antivirus kepada peserta dan membantu mereka yang mempunyai masalah dengan perkongsian ini.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 04 April 2022
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan

Bagi memudahkan urusan bakal pengantin untuk membuat permohonan kebenaran perkahwinan, Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) telah deperkenalkan. Sistem ini dapat diakses secara dalam talian dan boleh dibuka pada bila-bila masa, di mana sahaja.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta mengisi borang permohonan kebenaran perkahwinan di laman web rasmi SPPIM. 

Laman web SPPIM : https://www.sppim.gov.my/sppim/online/new

 

Gambar di sini