Tarikh : 15 Oktober 2021
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Tempat : PIK Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan 

Kerajaan telah membuka satu sistem untuk orang ramai memohon pekerjaan dalam sektor awam secara dalam talian. Program ini membolehkan semua orang mendapatkan peluang sama rata untuk menjadi kakitangan awam.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta mengemas kini maklumat peribadi beliau untuk memohon pekerjaan di laman web https://spa9.spa.gov.my/login.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 17 Oktober 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Perbuatan buli siber semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Hentikan sikap tunggu dan lihat. Usah sekadar menjadi saksi kepada perbuatan buli siber. Jika kita tidak mengambil inisiatif untuk menghentikan buli siber, maka perbuatan ini akan semakin menjadi-jadi.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi poster kempen kesedaran tentang kesan buli siber terhadap kanak-kanak dan peranan ibu bapa dalam masalah ini.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 11 Oktober 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp, Facebook Page dan Portal
Masa : 9 Orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada ahli komuniti tentang scam e-dagang yang semakin membimbangkan dan terlalu kerap direkodkan supaya mereka tidak menjadi mangsa.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi tips yang amat berguna kepada peserta supaya dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan e-dagang.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 06 Oktober 2021
Masa : 2.30 PM - 3.30 PM
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 4 Orang

 

Tujuan 

Memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

 

Aktiviti

Petugas memberi maklumat dan cara untuk menyemak dan mengesahkan informasi peribadi mereka di laman web rasmi, https://mysprsppa.spr.gov.my/

 

Gambar di sini 

 

Tarikh : 07 Oktober 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp, Facebook Page dan Portal
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan 

Membantu ahli komuniti untuk membezakan status kontak rapat dan status kontak kasual bagi wabak Covid-19.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan secara ringkas kepada peserta tentang perbezaan status kontak rapat dan kontak kasual Covid-19.

 

Gambar di sini