Tarikh : 08 November 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp, Facebook Page dan Portal PIK Taman Seri Cahaya
Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan

Penerapan nilai murni, sikap bertoleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dalam mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi pesanan kerajaan supaya menggunakan media sosial dengan baik dan beretika.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 02 November 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp, Facebook Page dan Portal PIK Taman Seri Cahaya
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada orang ramai supaya berwaspada dan memeriksa sesuatu berita sebelum mempercayainya dan membuat sebarang perkongsian.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi di media sosial tentang kempen kesedaran tentang kepentingan untuk sentiasa berwaspada dan memeriksa dahulu setiap informasi yang diterima.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 08 November 2021
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Tempat : PIK Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan 

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial berperanan memutuskan pertikaian dan tuntutan oleh Pertubuhan, majikan, pekerja dan orang tanggungannya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 84 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Seksyen 59 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta dengan menyediakan borang-borang yang boleh didapati di laman web rasmi PERKESO untuk mengemukakan rayuan tuntutan.

 

Gambar di sini 

Tarikh : 12 November 2021
Masa : 9.30 AM - 12.30 PM
Tempat : PIK Taman Seri Cahaya
Peserta : 2 Orang

 

Tujuan

PIK Taman Seri Cahaya menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai khususnya ahli komuniti di sekitar Bestari Jaya untuk menjalankan aktiviti harian yang memerlukan penggunaan internet dan peralatan lain yang disediakan di sini.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menjawab peperiksaan untuk permohonan jawatan Pembantu Tadbir di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh : 02 November 2021
Masa : 9.30 AM - 10.30 AM
Tempat : PIK Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan

Kerajaan Malaysia telah memberi kemudahan pinjaman pembiayaan untuk pelajar yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi memudahkan urusan berkenaan dengan pinjaman, PTPTN telah menyediakan satu sistem dalam talian untuk permohonan dan bayaran balik.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta untuk urusan pembayaran balik pinjaman pembiayaan pendidikan di laman web rasmi PTPTN, https://www.ptptn.gov.my/

 

Gambar di sini