Tarikh | : 17 Julai 2021 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Perkongsian Video Tutorial menggunakan Adobe scan di HP bagi memudahkan anda yang belajar atas talian dari rumah, aplikasi 'Adobe Scan' akan memudahkan tugas anda. Aplikasi ini merupakan pengimbas yang paling pintar. Imbas apa sahaja (resit, nota, foto dan kad Nama)
Aktiviti
Petugas berkongsi cara menggunakan aplikasi ini dengan mudah dan membantu peserta yang mempunyai masalah.
Tarikh | : 13 Julai 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp, Facebook Page dan Portal PIK Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Rujuk fakta daripada sumber yang sahih sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita. Dengan satu klik, ia boleh membantu anda mengenal pasti kesahihan maklumat.
Aktiviti
Petugas memberi nasihat kepada ahli komuniti agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai dan menyebarkan berita yang kurang jelas dan tidak dapat dipastikan kesasihannya.
Tarikh | : 7 Julai 2021 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
BPR Tambahan merupakan bantuan tambahan daripada kerajaan untuk meringankan beban rakyat untuk menghadapi PKP 3.0 bagi penerima yang layak mendapat BPR sebelum ini
Aktiviti
Petugas berkongsi cara dan laman web rasmi untuk menyemak status kelayakkan dan pembayaran BPR Tambahan.
Tarikh | : 10 Julai 2021 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Untuk memberikan ilmu yang boleh digunakan oleh peniaga kecil yang ingin mempromosikan produk mereka untuk menarik perhatian para pelanggan, sekali gus menaikkan jualan mereka.
Aktiviti
Petugas berkongsi teknik mengambil gambar yang dapat menarik minat pelanggan dengan menggunakan telefon pintar yang mampu milik.
Tarikh | : 6 Julai 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PIK Taman Seri Cahaya berdasarkan objektif sebenar Pusat Internet Komuniti ditubuhkan kepada ahli komuniti khususnya Program E-Tuisyen.
Aktiviti
Petugas berkongsi objektif sebenar PIK ditubuhkan dan perkhidmatan yang disediakan di sana.