Tarikh | : 20 Mei 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 25 Orang |
Tujuan
Kekalkan keharmonian dan perpaduan di antara kita. Bersama kita kukuhkan semangat kemuafakatan dan jauhi perbalahan.
Aktiviti
Petugas berkongsi cara untuk melaporkan sebarang kandungan sensitif yang berbaur 3R (Religion, Race and Royalty).
Tarikh | : 11 Mei 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Mempromosikan PIK Taman Seri Cahaya dan perkhidmatan yang disediakan disamping mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ahli komuniti Taman Seri Cahaya dan penduduk sekitarnya.
Aktiviti
Petugas PIK Taman Seri Cahaya berkongsi uacapan hari raya dan jadual penutupan sementara sempena hari perayaan.
Tarikh | : 7 Mei 2021 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PIK Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Menambah kemahiran anak-anak komuniti di sekitar PIK Taman Seri Cahaya untuk membuat poster secara atas talian. Hal ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada mereka malah dapat mencungkil bakat dan kreativiti mereka.
Aktiviti
Petugas membantu peserta dengan melatih mereka menggunakan kemudahan di laman web https://www.postermywall.com/ .
Tarikh | : 10 Mei 2021 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Membantu ahli komuniti yang ingin menyediakan QR Code di rumah mereka untuk merekodkan kedatangan tetamu dan mengelakkan jangkitan Covid-19.
Aktiviti
Petugas membantu peserta yang ingin mendaftarkan rumah mereka disistem MySejahtera untuk mendapatkan QR Code.
Tarikh | : 9 Mei 2021 |
Masa | : 11.00 AM - 1.00 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Membantu peniaga kecil untuk menguruskan akaun kewangan perniagaan mereka dengan lebih sistematik dan mudah untuk difahami.
Aktiviti
Petugas berkongsi tentang penggunaan aplikasi Android yang dapat membantu dalam pengurusan akaun perniagaan dan resit perniagaan supaya lebih teratur.