Tarikh | : 16 Febuari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 16 Orang |
Tujuan
Mendedahkan kepada komuniti tentang kepentingan mengetahui langkah-langkah pencegahan yang betul dan selamat daripada virus yang sangat membimbangkan pada saat ini iaitu virus COVID-19.
Aktiviti
Berkongsi maklumat tentang langkah-langkah pencegahan yang betul dan bahayanya virus yang sedang mengganas ini bersama petugas pusat internet.
Tarikh | : 11 Febuari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan cara mudah untuk mempromosikan produk-produk daripada peniaga kecil secara dalam talian.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dan diajar untuk menggunakan laman web Shoppee untuk menjual produk mereka dan mempromosikannya.
Tarikh | : 2 Febuari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 8 Orang |
Tujuan
Menambah kemahiran peserta untuk menggunakan komputer dan menghasilkan poster yang menarik.
Aktiviti
Peserta dibantu oleh Petugas Pusat Internet menghasilkan poster dengan menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.
Tarikh | : 2 Febuari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 17 Orang |
Tujuan
Generasi hari ini semakin terdedah kepada ancaman buli siber. Oleh itu, kesedaran tentang keburukan dan langkah pencegahan perlu didedahkan kepada mereka agar mereka tidak menjadi pembuli, apatah lagi mangsanya.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan kesan dan bahayanya buli siber kepada diri dengan menonon video dan membicangkannya bersama petugas untuk mendapatkan pemahaman yang lebih.
Tarikh | : 3 Febuari 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 3.30 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Membantu ahli komuniti setempat yang mempunyai masalah untuk menyemak dan mengemas-kini Bantuan Sara Hidup 2020 secara manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuala Selangor.
Aktiviti
Membantu pengunjung yang datang untuk menyemak dan mengemas kini maklumat untuk Bantuan Sara Hidup secara online.