Tarikh | : 1 Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan
Kanak-kanak perlu tahu hak mereka di Malaysia supaya mereka dilindungi daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Mereka perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat untuk membesar dengan potensi yang menyeluruh dan seimbang.
Aktiviti
Peserta diminta untuk menonton video daripada UNICEF Malaysia mengenai hak-hak yang mereka ada sebelum membincangkannya bersama petugas untuk pemahaman yang lebih.
Laman web video : https://www.youtube.com/watch?v=8nlXD2yOxfg
Tarikh | : 18 Julai 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.30 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan
Bulan kemerdekaan akan bermula tidak lama lagi. Namun, aktiviti sambutan perlu dihadkan dengan normal baharu. Oleh itu, petugas mengadakan kelas membuat poster bagi memeriahkan sambutan ini.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta yang merupakan pelajar sekolah untuk membuat poster secara dalam talian bertemakan Hari Kemerdekaan 2020.
Laman web yang digunakan adalah : https://www.postermywall.com/
Tarikh |
: 12 Julai 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Youtube merupakan salah satu platform yang dapat menjana pendapatan. Ramai anak muda yang menjadikan hobi mereka membuat video sebagai sumber pendapatan. Namun, isi kandungan video yang akan dipertontonkan haruslah menarik dan bermanfaat.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar dengan bantuan video daripada youtube tentang cara membuat video yang dapat menarik minta penonton.
Tarikh |
: 18 Julai 2020 |
Masa | : 2.00 Petang - 3.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan
Untuk memupuk komuniti menjadi rakyat yang bertanggungjawab ketika berinteraksi sesama sendiri secara terus mahupun dalam talian. Memberi kesedaran tentang bahayanya menyebarkan berita palsu.
Aktiviti
Membincangkan tentang kesalahan dan kesan menyebarkan maklumat palsu bersama dengan bantuan video.
Tarikh | : 12 Julai 2020 |
Masa |
: 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Barangan elektik yang telah rosak perlu dilupuskan dengan kaedah yang betul. Membakar ataupun membuang di tempat-tempat yang tidak sesuai akan membahayakan persekitaran. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan melupuskan barangan elektrik dengan betul perlu diterapkan.
Aktiviti
Video akan dipertontonkan kepada peserta dan petugas akan membincangkan bersama tentang kepentingan E-WASTE.