Tarikh | : 16 April 2024 |
Masa | : 11.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : NADI Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta belajar kemahiran asas dalam reka bentuk grafik, penggunaan perisian reka bentuk dan meningkatkan kreativiti dan imaginasi dalam mencipta sesuatu yang unik.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuat logo dengan cara menggunakan perisian komputer seperti Adobe Illustrator selain daripada menggunakan laman web Canva.
Tarikh | : 16 April 2024 |
Masa | : 10.00 AM - 11.00 AM |
Tempat | : NADI Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Poster merupakan salah satu fungsi yang penting dalam perniagaan. Terdapat poster menu yang dibuat untuk memberi maklumat berkenaan harga makanan. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat poster menu perniagaan dan kepentingan membuat poster menu perniagaan.
Aktiviti
Petugas mengarahkan peserta untuk menyenaraikan segala yang perlu diletakkan di dalam menu dan memilih template yang sesuai untuk dijadikan latar belakang menu.
Tarikh | : 7 April 2024 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Tempat | : NADI Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Buli siber boleh dicegah apabila terjadi perkara tersebut kepada kanak-kanak dengan cara ibu bapa haruslah bertindak dengan sebaiknya. Terdapat banyak tindakan yang perlu diambil tahu supaya perbuatan buli siber boleh dicegah.
Aktiviti
Petugas berkongsi risalah tentang buli siber di laman media sosial dan penduduk setempat untuk mereka mengambil tahu tentang tindakan yang boleh diambil terjadap pembuli siber.
Tarikh | : 16 April 2024 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Tempat | : NADI Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Pemainan dalam talian sangat popular di kalangan pelajar sekolah. Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi peringatan kepada peserta untuk tidak terlalu obses terhadap permainan dalam komputer kerana terdapat pelbagai masalah yang boleh timbul.
Aktiviti
Petugas berkongsi gambar dan risalah di dalam laman media sosial dan kepada penduduk setempat.
Tarikh | : 13 April 2024 |
Masa | : 4.00 PM - 5.00 PM |
Tempat | : NADI Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajarkan kepada peserta cara-cara untuk menganyam ketupat untuk dijadikan hiasan di dalam rumah sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Aktiviti
Petugas menunjukkan beberapa contoh ketupat yang telah dianyam dan kemudian mengajarkan kepada peserta cara untuk menganyam ketupat.