Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19 dengan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kaedah pembayaran bantuan ini akan diberitahu nanti. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengisi sebarang maklumat peribadi untuk hal-hal yang berkaitan dengan perkara ini untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

#dudukrumah

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan PAKEJ RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN MENANGANI COVID-19 untuk membantu rakyat.

Sebarang pertanyaan atau info lanjut, boleh hubungi talian hotline yang tertera. Terima kasih.

#dudukrumah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan rm500 dari Akaun 2 bermula dari 1 April 2020 ini. Pendaftaran pengeluaran boleh dilakukan di i-Akaun. #dudukrumah

 

 

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan untuk menangguhkan bayaran pinjaman bank, Mara, PTPTN dan sebagainya untuk membantu rakyat yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19. #dudukrumah