Tarikh | : 05 Ogos 2023 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Kuiz dalam talian merupakan salah satu platform pembelajaran alam maya yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Kuiz dalam talian juga boleh menarik minat para pelajar untuk mengulangkaji pembelajaran di samping menambah kemahiran menggunakan komputer.
Aktiviti
Para petugas mengarahkan para peserta untuk masuk ke laman web Quizizz dan menunggu sehingga kod kuiz diberikan. Apabila kod sudah diberikan, peserta perlu memasukkan kod dan juga nama pengguna. Setelah selesai, para petugas boleh memulakan sesi kuiz dan para peserta boleh menjawab kuiz. Tajuk kuiz yang dipilih adalah Ibu Negara.
Tarikh | : 05 Ogos 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Buli siber merupakan salah satu masalah yang sedang berleluasa di dalam komuniti. Hal ini memberi kesan yang sangat teruk kepada mental khususnya kanak-kanak. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat mencegah dan memberi kesedaran tentang bahayanya masalah ini.
Aktiviti
Para petugas berkongsi video tentang perbuatan buli siber dan video tentang langkah-langkah bagaimana untuk mengelakkan perbuatan buli siber daripada tersebar.
Tarikh | : 29 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Melentur buluh dari rebungnya. Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, petugas ingin menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak di komuniti PEDi Taman Seri Cahaya.
Aktiviti
Para petugas berkongsi maklumat tentang maksud lagu kebangsaan Malaysia iaitu Lagu Negaraku. Selain itu, peserta menggunakan Microsft Word untuk menaip Lagu Negaraku dan jug Rukun Negara.
Tarikh | : 5 Ogos 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Microsoft Powerpoint merupakan salah satu perisian yang boleh digunakan oleh para pelajar yang boleh di aplikasikan ketika di sekolah. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran para peserta tentang Microsoft Powerpoint.
Aktiviti
Para petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana cara untuk menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan memberi latihan kepada para peserta tentang Dunia (Negara dan Ibu Negara).
Tarikh | : 29 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Kebelakangan ini, berita palsu telah menjadi masalah yang sangat serius bagi negara. Berita palsu sering disebarkan tanpa disemak dan disahkan kebenarannya oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, kelas ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan sesuatu berita yang belum disahkan kesahihannya.
Aktiviti
Para petugas berkongsi video tentang berita palsu yang mudah tersebar apabila tidak menyemak fakta terlebih dahulu. Peserta juga didedahkan dengan akibat yang akan berlaku apabila menyebarkan berita atau cerita yang tidak benar.