Tarikh | : 20 Julai 2023 |
Masa | : 11.00 am - 12.30 pm |
Tempat | : Platform Atas Talian Zoom |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada usawahan tentang bagaimana cara untuk menguruskan kewangan dengan cara yang berhemah.
Aktiviti
Peserta diberikan tips dan cara untuk menguruskan kewangan dengan cara yang berhemah.
Tarikh | : 22 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memartabatkan lagi penggunaan peribahasa melayu dan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang peribahasa kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Para petugas berkongsi ilmu tentang peribahasa dan juga beberapa peribahasa yang biasa dan jarang digunakan serta mempelajari maksud setiap peribahasa.
Tarikh | : 15 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Pengantunan seksual merupakan perlakuan penjenayah seksual untuk memanipulasi dan mengekploitasi kanak-kanak sebagai mangsa seksual mereka. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahaya yang akan terjadi apabila terdapat orang dewasa yang mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak.
Aktiviti
Para petugas mendedahkan tentang akibat dan cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seksual daripada orang dewasa terutamanya penjenayah seksual yang suka mengekploitasi kanak-kanak.
Tarikh | : 22 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Scam adalah perbuatan salah yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan dan menyebabkan seseorang mengalami kerugian. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan bahayanya perbuatan scammer dan cara-cara untuk mengelakkan daripada diri sendiri terkena scam.
Aktiviti
Para petugas menunjukkan video lakonan semula kepada para peserta tentang seseorang yang terkena perbuatan scammer.
Tarikh | : 15 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Setiap individu mestilah mempunyai semangat juang yang tinggi. Apabila seseorang mempunyai semangat juang yang tinggi, maka terhasil lah kejayaan sehingga ke puncak yang tertinggi. Kelas ini bertujuan untuk menerapkan semangat juang yang tinggi terhadap pelajar-pelajar sekolah yang masih menggapai puncak yang tertinggi.
Aktiviti
Para petugas menerangkan tentang apa itu kemahiran insaniah dan salah satu kemahiran insaniah yang boleh diterapkan adalah, semangat juang yang tinggi. Kemudian para petugas menunjukkan beberapa cara untuk menaikkan semangat dengan cara mendengarkan lagu GEMURUH.