Tarikh | : 17 Jun 2023 |
Masa | : 11.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 14 Orang |
Tujuan
Perbuatan berkongsi apa-apa maklumat yang tidak benar adalah salah sama sekali. Ini akan menimbulkan tersebarnya berita palsu dengan meluas lebih-lebih lagi apabila tersebar melalui platform media sosial. Penyebaran berita palsu perlulah diberhentikan serta merta agar tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan.
Aktiviti
Para petugas berkongsi tentang bahaya yang terjadi apabila berkongsi maklumat yang tidak benar dan tindakan yang perlu dilakukan untuk memberhentikan penyebaran maklumat palsu daripada terus tersebar.
Tarikh | : 10 Jun 2023 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 17 Orang |
Tujuan
Komponen komputer merupakan perkakasan yang perlu dipelajari sebelum belajar mengenai perisian yang ada di dalam komputer. Tujuan nya adalah untuk para peserta kenal dan tahu tentang fungsi semua perkakasan tentang komputer.
Aktiviti
Para petugas menunjukkan slide tentang komponen asas komputer serta menyoal setiap peserta dengan menunjukkan setiap perkakasan yang ada di meja komputer.
Tarikh | : 4 Jun 2023 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar tentang sifir yang biasa digunakan untuk membuat pengiraan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Terdapat pelbagai cara untuk yang ditunjukkan untuk lebih memudahkan para peserta faham dan hafal tentang sifir.
Aktiviti
Para petugas menunjukkan video tentang teknik mudah berkaitan pengiraan sifir. Petugas juga bertanya soalan kepada para peserta untuk meningkatkan lagi daya ingatan peserta dan menyediakan kuiz berkaitan sifir dan hasil darab dengan menggunakan platform quizizz.
Tarikh | : 10 Jun 2023 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 17 Orang |
Tujuan
Buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Buli siber boleh juga terjadi kepada kanak-kanak sehingga lah kepada orang dewasa. Semua platform medai sosial boleh digunakan untuk dijadikan tempat buli siber terjadi. Sebagai seorang manusia yang berwibawa, kita perlulah menghindarkan diri daripada terjebak dengan buli siber.
Aktivti
Para petugas memberi maklumat tentang kesan yang terjadi apabila seseorang menjadi mangsa buli siber dan juga berkongsi maklumat tentang cara-cara bagaimana untuk melaporkan kejadian buli siber.
Tarikh | : 4 Jun 2023 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
E-waste merupakan masalah isu global yang melanda seluruh dunia. Banyak barangan elektrik dan elektronik yang telah dihasilkan boleh menyebabkan terjadinya pembuangan e-waste yang tinggi. Barangan e-waste tidak boleh dibuang secara merata dan sesuka hati kerana terdapat bahan-bahan berbahaya yang boleh membahayakan orang ramai. Tujuan advokasi ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang bahaya e-waste dan cara-cara untuk menanganinya.
Aktiviti
Para petugas berkongsi maklumat tentang e-waste dan bahaya yang boleh terjadi apabila e-waste dibuang secara merata-rata serta petugas berkongsi maklumat tentang cara-cara untuk membuang e-waste secara betul.