Tarikh : 3 Jun 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menguji minda peserta tentang topik yang telah dipelajari iaitu topik pengenalan sifat asid dan alkali. 

 

Aktiviti

Petugas memberi latihan dan kuiz berkaitan topik yang dipelajari. Petugas menggunakan platform Quizizz untuk memberikan quiz kepada para peserta.

 

Gambar di sini

Tarikh : 2 Jun 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 22 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menunjukkan ujikaji tentang sifat asid dan alkali yang menggunakan kertas khas iaitu kertas litmus. 

 

Aktiviti

Para petugas memberi maklumat tentang fungsi kertas litmus yang boleh digunakan untuk menguji bahan bersifat asid dan alkali. Kemudian petugas menunjukkan video tentang ujikaji yang dilakukan untuk membezakan sifat asid dan alkali dengan menggunakan kertas litmus. Berikut merupaka video tentang ujikaji tersebut https://www.youtube.com/watch?v=bfRnTFgy1fc

 

Gambar di sini

Tarikh : 19 Mei 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : Facebook Page dan Group Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Kanak-kanak merupakan sasaran yang mudah untuk ditipu lebih-lebih lagi apabila sentiasa menggunakan media sosial tanpa pengawasan daripada orang dewasa. Pesanan ini ditujukan kepada kanak-kanak dan juga remaja di luar sana supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan media sosial. 

 

Aktiviti

Para petugas menyebarkan maklumat kepada komuniti di sini tentang perkara yang perlu di elakkan oleh kanak-kanak dan juga remaja ketika menggunakan platform media sosial.

 

Gambar di sini

Tarikh : 1 Jun 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat  : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 14 Orang

 

Tujuan

Sifat Asid dan Alkali merupakan sebatian yang biasa dengan kehidupan manusia. Pembelajaran kalini adalah tentang pengenalan sifat asid dan alkali. Tujuan pembelajaran ini dilakukan adalah untuk mengajarkan kepada para peserta perbezaan diantara asid, alkali dan juga neutral berdasarkan nilai pH.

 

Aktiviti

Para petugas memberi pengetahuan tentang topik yang diajarkan dengan menggunakan powerpoint serta menunjukkan video pengenalan berkaitan topik kepada para peserta.

 

Gambar di sini

Tarikh : 21 Mei 2023
Masa : 11.00 AM - 1.00 PM
Tempat : Facebook Page dan Group Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Penggunaan internet sangat meluas ketika ini. Pelbagai tempat awam boleh mengakses internet seperti di perpustakaan awam, restoran dan juga pengangkutan awam. Dengan adanya internet yang meluas, ianya boleh meningkatkan kemahiran literasi media digital dan dapat meneroka peluang keemasan serta dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Aktiviti

Para petugas berkongsi maklumat tentang kebaikan Internet yang boleh diperolehi apabila digunakan dengan sebaiknya. 

 

Gambar di sini