Tarikh : 9 Mei 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 4 Orang

 

Tujuan

Membantu pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai masalah untuk menjalani PDPR di rumah kerana tiada kemudahan yang lengkap.

 

Aktiviti

Petugas menhebahkan kemudahan yang disediakan kepada pelajar yang ingin menggunakan PC dan melayari internet untuk proses PDPR.

 

Gambar di sini

Tarikh : 7 Mei 2021
Masa : 8.30 AM - 10.30 AM
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta Rakyat daripada kumpulan B40 untuk memilik peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

 

Aktiviti

Petugas memperkenalkan Program Jaringan Prihatin kepada peserta dan berkongsi manfaat yang akan diperoleh melalui program ini.

 

Gambar di sini

Tarikh : 4 Mei 2021
Masa : 11.00 AM - 1.00 PM
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 4 Orang

 

Tujuan

Penyuntingan imej dan video yang unik dapat menarik minat penonton. Kemahiran ini bukan sahaja penting kepada pelajar-pelajar untuk proses pembelajaran mereka, tetapi ianya amat penting bagi peniaga-peniaga kecil yang ingin mempromosikan produk mereka di media sosial dan platform-platform perniagaan atas talian yang lain.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi tutorial untuk menyunting imej yang mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar kepada peserta dan membantu peserta jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

 

Gambar di sini.

Tarikh : 7 Mei 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 30 Orang

 

Tujuan

Untuk memberi kesedaran kepada ahli komniti supaya sentiasa berhati-hati dengan ubat yang dijual melalui internet dan media sosial. Ubat yang tidak berdaftar berisiko dan boleh menjejaskan kesihatan diri dan keluarga.

 

Aktiviti 

Petugas berkongsi perkara-perkara yang perlu disemak sebelum membeli ubat dan menasihatkan peserta untuk mengambil ubat dengan nasihat pengamal perubatan.

 

Gambar di sini

Tarikh : 4 Mei 2021
Medium : Aplikasi Whatsapp
Peserta : 30 Orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada ahli komuniti tentang kegiatan penipuan dalam talian yang semakin menjadi-jadi supaya lebih berhati-hati dengan maklumat peribadi yang ingin dikongsikan di media sosial. Hal ini dapat mengurangkan risiko mereka untuk menjadi mangsa penipuan.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian serta cara membuat aduan sekiranya pernah menerima atau melalui insiden dan ancaman siber kepada peserta.

 

Gambar di sini.