Tarikh : 02 Jun 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 orang
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan cara-cara untuk membuat surat kiriman rasmi menggunakan format yang betul.
Aktiviti
Peserta diminta untuk mencari maklumat di internet menggunakan medium Google. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan beberapa tool asas yang terdapat di dalam Microsoft Word dan cara-cara untuk menggunakannya.
Gambar Disini.
 

 

 

Tarikh : 01 Jun 2019
Masa : 08.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 12 orang
Tujuan
Memandangkan Hari Raya Aidil Fitri akan tiba beberapa hari lagi, petugas Pusat Internet(PI) Taman Seri Cahaya cuba membangkitkan semangat untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam kalangan peserta dengan mengembalikan nostalgia membuat kad raya. Cumanya kali ini kad tersebut di buat melalui teknologi komputer dan internet iaitu menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.
Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan Microsoft Publisher dan beberapa kegunaannya. Seterusnya dengan bantuan petugas PI dan internet, peserta diminta untuk membuat satu kad raya mengikut kreativiti mereka sendiri.

Aktiviti selingan : Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini.
 

 

 

 

Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 4 orang
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memahirkan peserta yang berusia bawah 8 tahun dengan penggunaan aplikasi Paint. Selain itu, peserta juga dapat memahirkan diri dengan pengawalan tetikus dengan betul.
Aktiviti
Peserta diminta membuat satu poster menggunakan Paint.Setelah selesai melukis, pelajar diminta mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti mereka yang tersendiri.
Gambar Disini.
 
Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 02.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 2 orang
Tujuan
Kelas bertujuan untuk membantu pelajar menyediakan nota ulangkaji menggunakan Microsoft Power Point.
Aktiviti
Peserta ditunjukkan satu contoh cara membuat nota di dalam Microsoft Power Point. Seterusnya, peserta diberikan bimbingan tentang bagaimana untuk mengambil isi-isi penting yang perlu dimuatkan ke dalam nota tersebut.
Gambar Disini.
 

 

Tarikh : 12 Mei 2019
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 orang
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta dengan teknik 'copy-paste' yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word bagi mendapatkan maklumat dari internet (Google).
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan beberapa tool di dalam Microsoft Word. Seterusnya peserta diminta mencari satu artikel di internet melalui carian Google. Kemudian peserta di ajar cara-cara menggunakan teknik 'copy-paste' untuk digunakan bagi tujuan mencari maklumat. Walaubagaimanapun peserta tetap diberitahu tentang bahaya Plagiarism.
Gambar Disini.