Tarikh : 13 Januari 2019
Masa : 02.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 2 orang
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta mengenali dan meningkatkan kemahiran keusahawanan secara atas talian. 
 
Aktiviti
Para peserta di ajar berkenaan ilmu, kemahiran yang berkaitan dengan keusahawanan seperti kaedah dan strategi pemasaran online dan lain-lain. Aktiviti lain ialah Klik dengan Bijak dimana peserta didedahkan dengan perkara dan maklumat yang tidak perlu dikongsi di dalam akaun media sosial. 

Gambar Disini

 

Tarikh : 22 Disember 2018 
Masa  : 09.00 pagi - 01.00 tengahari 
Lokasi  : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya 
Peserta  : 1 orang 
Tujuan
Kelas ini disertai oleh seorang penduduk tempatan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing peserta dalam mengisi borang MyEG secara atas talian. 
 
Aktiviti
Peserta terdiri daripada penduduk setempat. Petugas membantu membuka website MyEG dan seterusnya menunjukkan langkah-langkah untuk mengisi borang secara atas talian. 

Gambar Disini

Tarikh : 08 Disember 2018
Masa   : 02.00 petang - 06.00 petang 
Lokasi  : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya 
Peserta  : 1 orang 
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang penduduk tempatan. Tujuan kelas ini diadakan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Power Point. 
 
Aktiviti 
Pelajar diberi pengetahuan tentang penggunaan Power Point untuk membuat presentation dan poster. Bagi sesi pembelajaran untuk membuat presentation, pelajar diberikan satu topik mudah sebagai tugasan untuk dibentangkan. Bagi sesi untuk membuat poster pula para pelajar diberikan kebebasan untuk membuat tema poster sendiri.  
Gambar Disini
 
Tarikh : 16 Disember 2018
Masa : 08.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi Bilik latihan , Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 78 orang
Tujuan 
Program ini diadakan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Malah, dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
   
Aktiviti 
Semua peserta yang hadir adalah dari kalangan kawasan setempat. Mereka mengikuti semua aktiviti yang dilakukan. Seperti senamrobik untuk semua peserta dari tadika hinggalah warga emas. Kemudian, mewarna online untuk peserta prasekolah. larian 1000 langkah untuk semua peserta yang hadir. Hadiah diberi mengikut kategori. Selain itu, pihak PI juga membuat pertandingan membuat poster online untuk peserta kaum ibu dan kuiz kesihatan untuk dewasa dan warga emas. Akhir sekali aktiviti cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana. 

Gambar Disini

Tarikh : 08 Disember 2018
Masa : 02.00 petang - 06.00 petang 
Lokasi  : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya 
Peserta : 2 orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang . Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai perniagaan alam maya.
 
Aktiviti
Para pelajar diajar cara membeli-belah di alam maya melalui medium LAZADA. Sesi pembelajaran dimulakan dengan petugas membuka laman web Lazada untuk para pelajar. Para pelajar ditunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membeli sesuatu barangan termasuk cara untuk membuat pembayaran secara atas talian. Selain itu, kelas ini juga diharapkan mampu meningkatkan kemahiran keusahawanan atas talian dalam kalangan pelajar.
Gambar Disini