Statistik COVID-19 Selangor
Ahad, 21 Jun 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Sejumlah 4 kes baru dicatatkan di Selangor dengan jumlah keseluruhan kes sekarang direkodkan sebanyak 2,025.

Amalkan norma baru apabila keluar rumah, jangan salah guna kebebasan yang diberikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelak pendedahan kepada jangkitan COVID-19.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Negara Malaysia berada di kedudukan ke-28 dari 51 negara yang mempunyai kadar kesembuhan 90% ke atas.

Bagi jumlah kes COVID-19 negara Malaysia berada di kedudukan ke-70 dan bagi kadar kematian pula berada di kedudukan ke-133 dari 210 negara.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (21 JUN 2020)

Kes sembuh harian = 10
Jumlah kes sembuh = 8,156

Kes positif harian = 16 ( 3 import, 13 penularan tempatan)
Jumlah positif= 8,572

TIADA kes kematian berkaitan #COVID19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian KEKAL sebanyak 121 kes

Sebanyak 3 kes dirawat di ICU dan TIADA yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

STATUS TERKINI PESAKIT SEMBUH JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (21 JUN 2020)

10 kes discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,156 kes.

Tahniah kepada barisan hadapan KKM dan pihak yang bekerjasama mengekang penularan jangkitan.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Belum cukup seminggu, kini tiada semula daerah Zon Hijau di Selangor setelah Hulu Selangor mempunyai 1 kes aktif baru di mukim Kerling. Sebanyak 3 mukim Zon Hijau juga mempunyai kes aktif baru yang menjadikannya Zon Kuning iaitu mukim Tanjong Karang, Kapar dan Kerling.

Pastikan anda sentiasa mengamalkan tahap disiplin tertinggi dalam mematuhi norma baru serta SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri. Ketidakpatuhan akan meninggikan risiko perebakan jangkitan COVID-19.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang