Demografi zon kes aktif pada hari ini kekal seperti semalam namun kes aktif mencatatkan sedikit penurunan di Selangor.
Dengan kadar kes aktif yang semakin menurun, warga Malaysia khususnya Selangor diminta untuk terus berdisiplin mengamalkan norma baru supaya penularan jangkitan COVID-19 dapat dikekang secara total.
Sumber : STFC
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang
Statistik COVID-19 Selangor
Khamis, 18 Jun 2020 (Setakat jam 12 tengahari)
Sebanyak 2 kes baru dicatatkan di Selangor pada hari ini dan jumlah keseluruhan kes sekarang direkodkan sebanyak 2,006.
Pelandaian keluk pandemik akan terus berjaya apabila setiap warga negara mengamalkan norma baru secara disiplin. Pastikan anda terus menjaga penjarakan fizikal, bersihkan tangan dengan kerap serta pakai face mask ketika keluar.
Sumber : STFC
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang
Kadar kesembuhan dunia telah mencapai 50.28%. Kadar kesembuhan bagi Malaysia pada hari ini adalah 93.80%, naik 1.34% berbanding semalam iaitu 92.46%.
Sebanyak 3,755,875 kes atau hampir 45% adalah dari tiga negara yang paling teratas iaitu Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia.
Sumber : KKM
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang
Pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia, 18 Jun 2020
Sumber : KKM
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang
127 kes discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,000 kes.
Tahniah kepada barisan hadapan KKM!
Sumber : KKM
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang