Hanya perubahan minimal data kes aktif dan kes discaj bagi Selangor pada hari ini memandangkan kes baru juga tidak direkodkan tinggi. Keseluruhannya, demografi kes aktif tidak berubah dengan kuantiti pengelasan zon yang sama seperti semalam.

Amalan norma baru iaitu penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan pakai face mask harus dijadikan satu rutin dan tabiat bagi warga Selangor. Dengan ketiadaan vaksin untuk satu tempoh yang agak lama, inilah benteng terbaik yang kita ada.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Statistik COVID-19 Selangor
Selasa, 2 Jun 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

6 kes baru saja dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 1,926.

Amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan sentiasa pakai face mask. Virus COVID-19 masih berada di sekeliling, itulah benteng terbaik kita.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS KESEMBUHAN, 2 Jun 2020

66 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,470 (bersamaan 82.14%).

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

STATUS COVID-19, 2 Jun

Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 melibatkan kes import. Baki 5 adalah kes penularan tempatan iaitu 3 bukan warganegara dan 2 lagi adalah warganegara.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang 

 

PERKEMBANGAN TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA (2 JUN 2020)

Kes sembuh = 66
Jumlah kes sembuh = 6,470
Kes baharu positif = 20
Jumlah positif = 7,877
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 6 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang