Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19.
Kes kematian ke-117 (kes ke-2296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke1508. Beliau mempunyai gejala bermula pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19.Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
STATUS COVID-19, 6 Jun 2020
Terdapat 37 kes baharu dilaporkan. 8 adalah daripada kes import, manakala 29 kes berlaku dalam penularan tempatan dimana 19 adalah Bukan Warganegara dan baki 10 adalah Warganegara.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
STATUS TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (6 JUN 2020)
Kes sembuh = 25
Jumlah kes sembuh = 6,635
(Kes baharu positif = 37,
Import = 8
Kes penularan tempatan = 29)
Jumlah positif = 8,303
Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 117
Sebanyak 5 kes dirawat di ICU dan 0 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
STATUS KESEMBUHAN, 6 Jun 2020
25 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,635 (bersamaan 79.91%)
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Mukim Kuala Selangor dan mukim Dengkil telah bersih dari kes aktif menjadikannya Zon Hijau. Dengan ini, jumlah Zon Hijau telah naik kepada 34.
Sentiasa peka bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) masih berjalan dan warga Selangor perlu terus mematuhinya.
Sumber : STFC
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang