Kes baru depo tahanan imigresen yang mendadak naik menyebabkan mukim Labu kini Zon Merah. Dengan itu, daerah Sepang juga telah menjadi Zon Merah secara automatik.

Pengamalan kebiasaan baru seperti penjarakan sosial, jaga kebersihan dan pakai face mask perlu menjadi rutin harian. Itu saja benteng paling efektif pada waktu ini.

Sumber : STFC

#stayathome #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

Ahad, 31 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Sebanyak 31 kes baru saja dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 1,909.

Amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan sentiasa pakai face mask. Kebiasaan baru ini adalah benteng anda supaya tidak mudah dijangkiti COVID-19.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS COVID-19, 31 Mei 2020

Daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, sepuluh (10) kes adalah kes import.
Baki 47 adalah kes penularan tempatan, dimana 43 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala 4 lagi adalah kes warganegara Malaysia.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Jumlah kes dunia telah melebihi 6 juta hari ini dimana kira-kira 2.5 juta kes telah sembuh dan melibatkan lebih 300,000 kematian. Ini menjadikan jumlah kes aktif kira-kira separuh dari jumlah kes.
Kedudukan Malaysia terus menurun tangga ke 62. Brazil pula menunjukan kes harian tertinggi mengatasi Amerika Syarikat dengan kira-kira 30,000 sehari.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS KESEMBUHAN, 31 Mei 2020

23 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,353 (bersamaan 81.25%).
Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM! Kami hargai pengorbanan anda!

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang