Hanya perubahan minimal bagi data kes aktif bagi Selangor pada hari ini memandangkan kes baru juga tidak direkodkan tinggi. Keseluruhannya, demografi kes aktif tidak berubah dengan kuantiti zon-zon yang sama seperti semalam.

Amalan norma baru iaitu penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan pakai face mask harus dijadikan satu rutin dan tabiat bagi warga Selangor. Dengan ketiadaan vaksin untuk satu tempoh yang agak lama, inilah benteng terbaik yang kita ada.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Rabu, 27 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Sebanyak 5 kes baru dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor sebanyak 1,843.

Amalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask sebagai satu rutin kehidupan anda. Ketika dunia masih mencari vaksin, inilah benteng pertahanan yang ada untuk diri kita dan negara.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS COVID-19, 27 Mei

Daripada 15 kes baru yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah lima (5) kes sahaja.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Negara Brazil telah mencatatkan kes harian yang tertinggi di dunia dan hari ini jumlah peningkatan kes berbanding semalam adalah 36,923 kes.

Brazil juga mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu 6.22% berbanding negara Amerika Syarikat 5.91% walaupun negara Uncle Sam Ini mencatatkn kes yang tertinggi di dunia.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS KESEMBUHAN, 27 Mei

42 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,083 (bersamaan 79.84%).
Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM! Kami doakan kesejahteraan kepada anda semua!

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang