Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia (25 Mei 2020)

Kes sembuh = 34
Jumlah kes sembuh = 5,979
Kes baharu positif = 172
Jumlah positif = 7,417
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 9 kes dirawat di ICU dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Mukim Beranang telah bebas daripada kes aktif COVID-19 yang menjadikannya Zon Hijau hari ini. Setelah 3 hari Selangor bertahan bebas daripada daerah Zon Merah, daerah Hulu Langat pula kembali ke Zon Merah pada hari ini.

Warga Selangor sangat dilarang keras merentas negeri untuk pulang beraya. Jika terjadi jangkitan baru atau 'outbreak' disebabkan kluster raya, kita terpaksa 'berkurung' sepertimana kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Tindakan anda bakal menyebabkan ekonomi negara tergendala dan lebih ramai orang akan hidup menderita.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Kes kematian ke-115 (kes ke-3616) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2020 jam 2.58 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Jumaat, 22 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Kes baru meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 20 kes dan menjadikan jumlah keseluruhannya bertambah kepada 1,693 kes di Selangor.

Ingat, anda dilarang merentas negeri untuk beraya. Sekiranya terjadi jangkitan baru atau 'outbreak' disebabkan kluster raya, kita terpaksa 'berkurung' sepertimana kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Aktiviti ekonomi bakal tergendala lagi dan lebih ramai orang akan hidup susah.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

63 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,859 (bersamaan 82.09%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM!

Sumber: KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang