Masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk zon hijau pula mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM.
Perang ini masih belum tamat. Jika kita leka, bila-bila masa sahaja kita akan dijangkiti. Tolong, patuh pada PKP. Duduk dirumah, dan amalkan kebersihan diri. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun - KP Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.
Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.38%, dari negara Amerika Syarikat.
Kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan kadar peratus 15.26%.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital setakat 26 April 2020 adalah 100 orang.
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 3,862 kes bersamaan dengan 66.82.% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Sebanyak 38 kes baharu dilaporkan sehingga 12pm, 26 April 2020 dan pecahan kes mengikut negeri.
Tiada kes di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan WP Labuan.
Sumber : MKN
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 38 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 100 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,862 kes
Pesakit di ICU adalah seramai 36 orang dan 15 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sukacita dimaklumkan TIADA kes kematian baharu pada hari ini.
Keseluruhan kes kematian di negara kita kekal sebanyak 98 kes.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang