Hari ini Mukim Kuang dalam Daerah Gombak pula telah mencatatkan perubahan positif di mana taraf Zon Kuning telah ditambah baik kepada Zon Hijau. Instrumen pencegahan iaitu penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri telah membuktikan keupayaannya menghalang rebakan wabak.

Daerah Petaling pula mempunyai potensi paling hampir untuk menjadi Daerah Zon Hijau seterusnya. Patuh PKP dan saling berpesan antara satu sama lain merupakan 'vaksin' terbaik untuk 'kesihatan kawasan' anda.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Kes positif mengikut negeri (setakat 28 April 2020, jam 12 tengah hari).

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Dengan peningkatan kes sembuh dan discaj COVID-19 menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang PKP Fasa 3 sekali gus berjaya meratakan lengkungan graf (flattening of the curve) dan negara kini memasuki fasa pemulihan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Terdapat 7 negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes iaitu Turki, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan jumlah kadar peratusan untuk ketujuh-tujuh negara tersebut adalah 65.98% daripada jumlah keseluruhan kes di dunia.

Negara Belgium masih lagi mencatat peratusan kematian yang tinggi iaitu 15.44% bagi negara yang mempunyai kes melebihi 250 kes.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Kes Kematian Baharu COVID-19 di Malaysia setakat 4 Petang, 28 April 2020 adalah 1 kes.

Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah sebanyak 100 kes.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang