Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital setakat 28 April 2020 adalah 75 orang.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,032 kes bersamaan dengan 68.91.% dari jumlah keseluruhan kes positif.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Jumlah kes positif baharu setakat 28 April 2020 adalah sebanyak 31 kes.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 75 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,032 kes

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 36 orang dan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 1 kes kematian baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita adalah sebanyak 100 kes.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Zon Merah dan Zon Kuning masih dalam situasi terkawal dan terjaga. Semakin lama, situasi kelihatan semakin baik. Tapi jangan ambil mudah dengan PKP, nanti membawa rebah. Jangkitan meluas boleh tercetus semula seandainya penjarakkan sosial dan kebersihan diri mula dipandang sambil lewa.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

Nota: Perubahan data kes di Gombak dan Petaling disebabkan oleh kes baharu/pindahan kes antara daerah/mukim. Data kes luar negara/import tidak diletakkan di dalam daerah/mukim.

Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Walaupun kes baharu kekal dua digit sejak 17 April lalu, kita masih belum menang.

Sila patuhi PKP, amalkan penjarakan sosial, jauhi perhimpunan awam dan kerap basuh tangan.

Sumber : MKN

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Pecahan dan penambahan kes positif COVID-19 di Malaysia mengikut negeri setakat 27 April 2020.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang