Pihak Polis Kontinjen Selangor ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita yang disiarkan oleh sebuah laman sesawang yang mendakwa Klang, Selangor sebagai bandar paling tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh laman sesawang tersebut kerana ianya tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar kejadian jenayah yang berlaku di daerah Klang, Selangor.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari :https://sebenarnya.my/penjelasan-berhubung-statistik-mengatakan-klang-sebagai-bandar-paling-tidak-selamat-di-asia-tenggara/

 

 

JKN Kedah telah membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan mendapati ianya adalah tidak benar. Hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia disebabkan ruptured thoracic aneurysm dan tiada kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/dakwaan-seorang-pelajar-perempuan-di-baling-kedah-meninggal-dunia-akibat-suntikan-vaksin-adalah-tidak-benar/

 

 

 

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, berkata tiada laporan rasmi diterima oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar mengenai khabar angin yang tersebar sejak dua hari lalu.

Beliau berkata, video yang tular itu adalah video pengebumian pesakit COVID-19 Orang Asli, yang berkemungkinan berlaku pada 14 September lalu.

 

#BeritaPalsu

#KlikDenganBijak

#TidakPastiJanganKongsi

#Sebenarnya.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/dakwaan-bahawa-seramai-250-orang-asli-di-gopeng-perak-yang-positif-covid-19-melarikan-diri-ke-dalam-hutan-adalah-tidak-benar/