"Disebar mengatakan kerajaan tidak mahu jawab apa masalah petani itu, itu tidak betul. Video itu dipotong untuk tujuan manipulasi.

Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/video-tular-kononnya-kerajaan-tidak-mahu-bertanggungjawab-isu-kenaikan-harga-adalah-video-yang-telah-diubahsuai-untuk-tujuan-manipulasi/

 

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ciapan yang tular di media sosial kononnya daripada Menteri KPDNHEP adalah palsu.

Menteri KPDNHEP turut menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti di dalam gambar yang ditularkan.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/menteri-kpdnhep-tidak-keluarkan-kenyataan-seperti-yang-tular-di-media-sosial/

 

 

 

KPM tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" seperti yang tular di media sosial. Tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut:

1. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959;
2. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran;
3. SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah;
4. SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin;
5. SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid; dan
6. SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/penjelasan-tentang-jadual-yang-bertajuk-unit-disiplin-kpm-bentuk-bentuk-hukuman-yang-dilarang/