Tarikh | : 25 Februari 2023 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dan merupakan bahasa yang wajib dipelajari di sekolah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa melayu lebih-lebih lagi bag pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Para petugas memberi tunjuk ajar tentang ejaan bahasa melayu dan seterusnya meningkatkan lagi kemahiran ejaan dengan membuat quiz menggunakan aplikasi quizziz.
Tarikh | : 24 Februari 2023 |
Masa | : 9.00 AM - 10.00 AM |
Tempat | : Aplikasi Whatsapp dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Barangan elektronik yang tidak digunakan atau telah rosak perlulah di kitar semula untuk menjamin alam sekitar yang baik. Untuk mengelakkan sebarang keraguan dalam proses kitar semula barang elektronik, para pengguna mestilah mengikuti langkah-langkah yang telah dimaklumkan.
Aktiviti
Para petugas memaklumkan tentang langkah-langkah sebelum mengitar semula barangan elektronik
Tarikh | : 18 Februari 2023 |
Masa | : 9.00 AM - 10.00 AM |
Tempat | : Aplikasi Whatsapp Group dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 13 Orang |
Tujuan
Kegiatan scam semakin berleluasa berlaku di Malaysia. Mereka bijak menggunakan peluang dengan melakukan penyamaran sebagai pihak berkuasa dan meminta maklumat peribadi berhubung dengan dakwaan kes yang disabitkan ke atas seseorang. MCMC menasihati masyarakat supaya jangan mudah panik atau mempercayai panggilan seumpama itu.
Aktiviti
Para petugas berkongsi maklumat tentang kegiatan sindiket macau scam yang melakukan penyamaran sebagai pihak berkuasa sebagai bukti bahawa dakwaan kes yang disabitkan tersebut adalah benar. Para petugas juga memaklumkan tentang tip yang boleh dilakukan apabila menerima panggilan yang sedemikian.
Tarikh | : 22 Februari 2023 |
Masa | : 11.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : Aplikasi Whatsapp Group PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Media sosial merupakan satu platform yang digunakan dengan berleluasa. Terdapat banyak kelebihan mempromosikan barangan dan menaikkan jualan peniaga kecil di media sosial. Pemasaran digital merupakan salah satu cara yang sangat cepat dan berkesan untuk mendapatkan dan menarik minta pelanggan.
Aktiviti
Para petugas menyebarkan maklumat tentang kelebihan pemasaran digital. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://webhostingmalaysia.my/pemasaran-digital/
Tarikh | : 11 Februari 2023 |
Masa | : 4.00 PM - 5.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
PEDi TSC memberikan perkhidmatan seperti mengemas kini maklumat di laman web kwsp.
Aktiviti
Orang awam menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pedi untuk mengemas kini data peribadi di laman web kwsp dengan bantuan daripada para petugas PEDi.