Tarikh : 14 Februari 2023
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Tempat : Aplikasi Whatsapp dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Untuk makluman bahawa permohonan untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi telah dibuka. 

 

Aktiviti

Petugas memberi makluman kepada orang ramai tentang permohonan untuk kemasukan ke IPT telah dibuka. Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi JPT : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

 

Gambar di sini

Tarikh : 26 Januari 2023
Masa : 3.00 PM - 4.00 PM
Tempat : Aplikasi Whatsapp dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Memberi maklumat berkaitan bantuan khas kepada golongan B40 yang diberi nama baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR merupakan bantuan kewangan menggantikan Bantuan Tunai Rakyat, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan kewangan sebelumnya.

 

Aktiviti

Petugas menyebarkan maklumat tentang semakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahamah (STR) kepada orang ramai terutamanya kepada golongan yang layak menerima sumbangan tersebut serta fasa pembayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Semakan boleh dilakukan secara online di laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Gambar di sini

Tarikh : 21 Januari 2023
Masa : 10.30 AM - 12.30 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 4 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kebolehan para peserta membuat kad sempena Sambutan Tahun Baru Cina dengan menggunakan aplikasi Poster My Wall serta membuat origami arnab.

 

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada para peserta untuk membuat kad Sambutan Tahun Baru Cina dengan menggunakan aplikasi Poster My Wall. Seterusnya, para peserta perlu membuat origami arnab menggunakan kertas sambil mengikut arahan dan cara-cara membuat origami melalui Youtube.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 26 Januari 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : Aplikasi Whatsapp dan Facebook page PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 18 Orang

 

Tujuan

Mesej ini bertujuan untuk mengelakkan orang ramai menyebarkan maklumat yang tidak sahih lebih-lebih lagi menerusi platform seperti Whatsapp, Facebook dan media sosial yang lain.

 

Aktiviti

Para petugas memberi info tentang penyebaran maklumat yang tidak sahih. Orang ramai perlulah selidik segala maklumat yang diperolehi menerusi internet dan bandingkan sekurang-kurangnya dua sumber yang lain untuk menentukan kesahihannya.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 14 Januari 2023
Masa : 10.30 AM - 12.30 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

E-waste merupakan perkakas elektrik dan elektronik yang tidak berguna atau yang telah rosak. Perkakas elektrik dan elektronik yang telah rosak perlu dimusanahkan untuk menjaga alam sekitar kita. Advokasi ini bertujuan untuk mendedahkan maklumat tentang E-Waste.

 

Aktiviti

Petugas memberi maklumat dan info tentang E-Waste dengan menunjukkan video daripada Youtube untuk memudahkan para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah memahami tentang apa itu E-Waste.

 

Gambar Di Sini