Tarikh : 04 November 2022
Masa : 03.00 PM - 05.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 4 Orang

 

Tujuan

Untuk membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih meluas melalui perniagaan digital.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi kelebihan menggunakan platform perniagaan online seperti Foodpanda, Shopee dan Grabfood kepada peserta dan membantu mereka mendaftar.

 

Gambar di sini

Tarikh : 23 Oktober 2022
Medium : Aplikasi Whatsapp Group dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Penerapan nilai murni, sikap bertoleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dalam mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi kepada peserta tentang cara menggunakan media sosial secara positif dan beretika.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 19 Oktober 2022
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ditubuhkan untuk melantik dan mengesahkan penjawat awam di negara ini. Untuk mendapatkan lantikan sesuatu jawatan beberapa peringkat ujian perlu dilepasi untuk mendapatkan penjawat awam yang berkualiti dan betul-betul berkelayakan dengan jawatan yang dipohon.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh peserta untuk menjawab peperiksaan dengan selesa.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 08 dan 15 Oktober 2022
Masa : 09.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Felda Bukit Cherakah
Peserta : 09 Orang

 

Tujuan

Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

08/11/2022 : Pertandingan mencari perkataan Kuiz Klik Dengan Bijak diadakan di PEDi Taman Seri Cahaya dan seramai 9 Orang peserta mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

15/08/2022 : Majlis Penyampaian Hadiah diadakan pada Hari Bersama Komuniti di PEDi Felda Bukit Cherakah.

 

Gambar di sini 

 

Tarikh : 08 Oktober 2022
Masa : 03.00 PM - 05.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Memperkenalkan kemahiran baru kepada ahli komuniti yang dapat digunapakai untuk mempromosikan produk jualan mereka. Kemahiran ini dapat membantu mereka menarik minat pelanggan tanpa menggunakan khidmat luar.

 

Aktiviti

Petugas memperkenalkan kepada peserta cara-cara menghasilkan poster produk secara percuma menggunakan laman web https://www.postermywall.com/

 

Gambar di sini