Tarikh : 11 September 2022
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan

Google Drive merupakan kemudahan yang disediakan oleh Google secara percuma untuk menyimpan file dan dokumen secara dalam talian dengan selamat.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta dengan menunjukkan cara penyimpanan data dan memastikan data yang di simpan selamat daripada penggodam.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 10 September 2022
Masa : 12.00 PM - 01.00 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan

Untuk mendapatkan kembali salinan Peperiksaan Umum seperti PMR, PT3, SPM dan STPM yang rosak atau hilang di laman web rasmi e-Lembaga Peperikasaan Malaysia.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta membuat permohonan untuk mendapatkan salinan keputusan Peperiksaan Menengan Rendah (PMR) bagi tahun 1993 di laman web : eLP (moe.gov.my)

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 24 Ogos 2022
Medium : Aplikasi Whatsapp Group PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Lindungi diri anda daripada penipuan dalam talian. Jangan mudah percaya dengan tawaran yang nampak terlalu hebat.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi kempen kesedaran untuk melindungi diri daripada tipu helah scammer.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 06 September 2022
Masa : 10.00 AM - 12.30 PM
Tempat : PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan

Membantu pelajar menghasilkan video yang menarik menggunakan aplikasi dalam talian yang mudah untuk digunakan. Program ini dapat menambah kemahiran yang sangat berguna kepada peserta.

 

Aktiviti

Petugas memperkenalkan dan membantu peserta menghasilkan video menggunakan aplikasi Capcut dalam talian di laman web :  CapCut | All-In-One Video Editing Software

 

Gambar di sini

Tarikh : 09 Ogos 2022
Medium : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kempen KDB Positif 'n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi kempen kesedaran yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada ahli komuniti Taman Seri Cahaya tentang kepentingan menjaga adab dan akhlak ketika melayari internet.

 

Gambar di sini