Tarikh | : 17 Julai 2022 |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga reputasi dalam talian. Rakyat Malaysia masih lagi kurang sedar tentang kesan reputasi dalam talian ini. Reputasi dalam talian yang buruk dapat memberi kesan kepada diri secara mental dan fizikal serta kerjaya.
Aktiviti
Petugas berkongsi dan bersama-sama membincangakan cara dan kepentingan menjaga reputasi dalam talian.
Tarikh | : 18 Julai 2022 |
Masa | : 11.30 AM - 12.30 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Aktiviti
Petugas membantu peserta membuat permohonan Bantuan Bingkas Selangor secara atas talian di laman web rasmi https://www.bingkasselangor.com/
Tarikh | : 07 Julai 2022 |
Medium | : Aplikasi Whatsapp dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya melaporkan kepada pihak polis sekiranya mereka menjadi mangsa scam. Hal ini dapat membantu pihak berkuasa membanteras dan menghukum penjenayah scam ini.
Aktiviti
Petugas berkongsi kempen untuk melaporkan jenayah scammer dan memberi cara yang betul untuk melaporkannya.
Tarikh | : 09 Julai 2022 |
Masa | : 4.00 PM - 5.00 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Melalui bantuan BINGKAS, Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor bagi meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Aktiviti
Petugas berkongsi syarat dan cara untuk memohon bantuan BINGKAS khusus untuk Penduduk negeri Selangor.
Tarikh | : 19 Jun 2022 |
Masa | : 10.30 AM - 11.30 AM |
Medium | : Aplikasi WhatsApp PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil secara dalam talian untuk mempromosikan barangan dan menaikkan jualan mereka dengan mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan.
Aktiviti
Petugas membincangkan kesilapan yang sering dilakukan oleh uasahawan dalam talian yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan video daripada Youtube.