Tarikh | : 21 Ogos 2022 |
Masa | : 11.00 AM - 12.00 PM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp Group PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
TEKUN Niaga adalah kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.
Aktiviti
Petugas memberi pendedahan tentang kewujudan pembiayaan TEKUN NIAGA kepada peserta.
Tarikh | : 06 Ogos 2022 |
Masa | : 10.00 AM - 11.00 AM |
Medium | : Aplikasi Whatsapp Group dan Facebook Page PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.
Aktiviti
Petugas berkongsi informasi tentang Inisiatif Perantisiswa untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan kemudahan peranti.
Tarikh | : 12 Ogos 2022 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Melalui bantuan BINGKAS, Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor bagi meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengisi borang dalam talian dan membantu mereka jika mereka mempunyai masalah.
Tarikh | : 19 Ogos 2022 |
Masa | : 9.00 AM - 10.30 AM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan kerajaan mewujudkan Skim Mysalam adalah untuk menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Aktiviti
Petugas membantu peserta menyemak tuntutan Skim MySalam mereka.
Tarikh | : 17 Julai 2022 |
Masa | : 10.00 AM - 11.30 AM |
Tempat | : PEDi Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Untuk menghubungkan PEDi Taman Seri Cahaya dengan komuniti setempat menggunakan cara yang menarik dan menyeronokkan.
Aktiviti
Peserta perlu mencari perkataan yang berkaitan dengan kempen Klik Dengan Bijak secara atas talian.