Selangor mencatatkan 14 kes baru dan menjadikan kes keseluruhannya sebanyak 1,627 kes.

Semua warga Selangor harus bertanggungjawab dan amanah dengan kebebasan yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD). Jaga penjarakkan sosial, kebersihan diri dan juga pakai face mask. Sekiranya cuai atau culas, semua kebebasan ini boleh ditarik balik jika ada jangkitan atau 'outbreak' baru.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Demografi kes aktif masih sama seperti semalam kecuali Daerah Sepang di mana Mukim Dengkil tambah 1 kes aktif dan Mukim Labu pula bersih dari kes aktif.

Anda diingatkan untuk sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga bagi memastikan graf kes baru sentiasa landai.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Sebanyak 36 kes baharu telah dilaporkan, di mana 28 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes, hanya 1 kes import telah dilaporkan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

88 kes sembuh dan telah discaj direkodkan setakat 15 Mei 2020 menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,439 (bersamaan 79.34%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia berada dalam fasa penyembuhan.

Terima kasih atas pengorbanan anda.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Rekod kes baru pada 14 Mei 2020 menunjukkan perkembangan penurunan yang sangat baik iaitu hanya 1 saja dan jumlah keseluruhan kes untuk Selangor setakat ini ialah 1,613.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19 

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang