Pada 18 Mei 2020, pertambahan kes baru telah mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor telah kembali ke Zon Kuning semula. Sebanyak 4 mukim dalam Kuala Selangor telah mempunyai kes aktif semula iaitu Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan.

Kami telah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga. Sekiranya terjadi jangkitan atau 'outbreak' baru, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Isnin, 18 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

8 kes baru saja dicatatkan yang menjadikan kes keseluruhan di Selangor berjumlah sebanyak 1,636 kes.

Warga Selangor terus diminta untuk menjaga penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask ketika keluar untuk menjamin nyawa anda. Terus disiplin!

Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS COVID-19 MALAYSIA 18 Mei 2020

Sebanyak 47 kes baharu telah dilaporkan, di mana 17 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes, 21 kes import telah dilaporkan dan 26 kes adalah penularan tempatan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

44 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada 18 Mei 2020 menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,615 kes (80.90%).

Tahniah kepada anggota KKM dan pihak yang bekerjasama mengekang penularan COVID-19 di Malaysia.

Terima kasih atas pengorbanan anda.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Tahniah Daerah Kuala Selangor kerana dengan Mukim Tanjong Karang yang telah bersih dari kes aktif, ini menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah kedua yang berstatus Zon Hijau.

Syabas sekali lagi!

Ingat dan berjaga-jaga, pertahankan kawasan anda dengan patuh penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan pakai face mask. Selangor yang sihat bergantung kepada perlakuan anda. Jika anda sendiri cuai, anda akan tanggung akibat buruknya nanti.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang