Setakat 14 Mei 2020, Mukim Ijok, Api-Api dan Ampang Pecah telah bersih daripada kes aktif dan menjadikan statusnya berubah kepada Zon Hijau. 

Dengan pertambahan 3 lagi mukim terbaru Zon Hijau, kini jumlah keseluruhan mukim dalam Zon Hijau menjadi 33 mukim. 

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Kes kematian ke-112 (kes ke-6780) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun.

Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2020 jam 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Sebanyak 40 kes baharu telah dilaporkan, dan 31 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Tiada kes import dilaporkan pada 14 Mei 2020.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

70 kes sembuh discaj dicatatkan setakat 14 Mei 2020 menjadikan jumlah keseluruhan discaj adalah sebanyak 5,351 (bersamaan 78.47%).

Tahniah kepada barisan hadapan KKM kumpulan perubatan hinggalah pemandu ambulans. Terima kasih atas pengorbanan anda.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

 

Kepentingan ekonomi memang tidak boleh dinafikan terutamanya dalam situasi masyarakat yang agak terdesak dengan bebanan kos hidup.

Namun Selangor juga perlu memastikan keseimbangan pembukaan sektor ekonomi dan keselamatan kesihatan berada pada tahap yang sama. Kekemasan serta kelancaran sistem keselamatan kesihatan sangat penting bagi menghadapi ancaman wabak COVID-19 yang semestinya melibatkan SOP (Standard Operating Procedures) yang praktikal, pelaksanaan yang berkesan dan pemahaman yang tinggi di kalangan rakyat.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) bukanlah sekadar satu strategi pembukaan ekonomi malah ia memastikan kesinambungan aktiviti ekonomi pada jangkamasa panjang.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang