Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari)

Daripada 17 kes positif baharu, 6 adalah kes import. 11 lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah
(namun telah bercuti sakit disebabkan barah).

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana 5 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes, hanya 6 kes import telah dilaporkan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

73 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,512 (bersamaan 80.21%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia sentiasa selamat.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Bagaimana mahu menguruskan orang yang masuk ke premis?

Pemilik/pengurus premis harus memastikan pengurusan pelanggan atau pengunjung yang masuk ke premis dengan betul. Bagi memastikan pengurusan yang betul, anda boleh ingat akronim 3S (Sanitize - Suhu - Scan).

Perkara pertama yang anda mesti lakukan adalah sediakan 'sanitizer' dan pastikan pelanggan/pengunjung 'sanitize' tangan mereka. Kemudian, baru imbas suhu mereka dan pastikan bacaan suhu tidak melebihi 37.5°C untuk masuk. Sekiranya bacaan suhu mereka adalah 37.5°C ataupun lebih tinggi, jangan benarkan mereka masuk dan minta mereka dapatkan rawatan dulu.

Bagi pelanggan/pengunjung yang bacaan suhunya baik, minta mereka untuk imbas kod QR menggunakan Google Lens bagi Android dan kamera bagi iOS supaya pendaftaran masuk-keluar SELangkah dapat dibuat. Langkah ini adalah SOP (Standard Operating Procedure) yang ditetapkan oleh kerajaan dan perlu dipatuhi. Hanya nombor telefon dan masa anda saja direkod, data peribadi tetap menjadi rahsia.

Sumber : STFC

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang