Kes sembuh dunia telah melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia.

Amerika Syarikat kekal dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi di dunia iaitu 33% daripada jumlah kes dunia atau 1,103,781 kes.

Terdapat 4 negara dengan kes harian melebihi 5 ribu iaitu Amerika Syarikat (36,007), Rusia (7,933), Brazil (6,410) dan Britian(6,201)

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital pada 2 Mei 2020 adalah 116 orang.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,326 kes bersamaan dengan 70.05% dari jumlah keseluruhan kes positif.

Terima kasih kepada semua dan kekalkan norma baharu dalam kehidupan harian kita.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei 2020.

9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.

1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitiser

3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask)

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online)

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

Sumber : MKN 

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Jumlah kes positif baharu pada 2 Mei 2020 adalah sebanyak 105 kes. ( 11 kes import)
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 116 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,326 kes

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,747 orang . Seramai 31 orang daripada di rawat di ICU (12 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita KEKAL 103 kes.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan amalan dan langkah pencegahan COVID-19.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 1 Mei 2020

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang