Jumlah kes positif baharu pada 4 Mei 2020 adalah sebanyak 55 kes. ( 7 kes import)
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 71 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,484 kes
Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,764 orang . Seramai 28 orang daripada di rawat di ICU (13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).
Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita KEKAL 105 kes.
KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Perkhidmatan Bekalan Makanan di SELANGOR. Tidak boleh makan di restoran.
Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Jika ibu bapa anda warga emas dan menghidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, masalah jantung atau buah pinggang, pastikan mereka tidak keluar rumah.
Dapatkan maklumat lanjut dari fasiliti kesihatan terdekat untuk mudahkan ibu bapa anda mendapat bekalan ubat.
KKM menyediakan banyak kemudahan seperti penghantaran secara pos atau pandu lalu.
Bagi mengekalkan penjarakan sosial di fasiliti kesihatan, antara cadangan sedang diteliti ialah pesakit boleh menunggu dalam kenderaan sehingga tiba giliran.
Norma-norma baharu kini adalah realiti bukan lagi fantasi.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi MyTrace di Google PlayStore [https://play.google.com/store/apps/details...]
Bagi pengguna iOS pula, anda boleh memuat turun aplikasi MyTrace dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.
MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi 'Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.
MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai MyTrace dan bantuan teknikal, emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MyTrace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.
Sumber : MKN
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Kes Kematian Baharu COVID-19 di Malaysia setakat 4 Petang, 03 Mei 2020 adalah 2 kes.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah sebanyak 105 kes.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang