PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (15 JUN 2020)

Kes sembuh = 54
Jumlah kes sembuh = 7,400

Kes baharu positif = 41
(Import = 3
Kes penularan tempatan = 38)

Jumlah positif = 8,494

Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 121

kes dirawat di ICU = 4

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Berita baik! Kes sembuh yang tinggi menjadikan mukim Semenyih bertambah baik ke Zon Kuning dan mukim Cheras pula bersih dari kes aktif untuk menjadi Zon Hijau. Ini sekaligus mengeluarkan daerah Hulu Langat dari Zon Merah ke Zon Kuning.

Dengan perkembangan positif ini, daerah Selangor kini kembali bebas dari Zon Merah sejak kali terakhir iaitu 23 hari lepas.

Tahniah warga Selangor!

Patuhi norma baru dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Jangan bagi ruang COVID-19 untuk merebak semula, kita mesti menang!

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes (1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

• Kes kematian ke-121 (kes ke-7468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Beliau berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2020. Saringan ujian COVID-19 didapati positif dan keputusan penuh bedah siasat masih dalam proses.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

Statistik COVID-19 Selangor
Ahad, 14 Jun 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Hari ini hanya 2 kes baru saja dicatatkan yang menjadikan jumlah keseluruhannya di Selangor direkod sebanyak 1,996.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih menuntut warga Selangor untuk mengamalkan penjarakan fizikal, menjaga kebersihan diri serta memakai face mask. Ingat! Jangan beri peluang kepada COVID-19 untuk merebak lagi, kali ini cipta peluang untuk diri kita semua pula.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS KESEMBUHAN, 14 Jun 2020

35 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,346.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang