STATUS TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (14 JUN 2020)

Kes sembuh = 35
Jumlah kes sembuh = 7,346

Kes baharu positif = 8
(Import = 2
Kes penularan tempatan = 6)

Jumlah positif = 8,453

Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 121

kes dirawat di ICU = 4

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Mukim Kerling dan Serendah telah bersih dari kes aktif yang menjadikan kawasan tersebut tergolong dalam Zon Hijau.

Warga Selangor perlu terus berdisiplin mengamalkan norma baru. Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), anda boleh dikompaun sekiranya tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Negara Brazil mencatatkan kenaikan jumlah kes harian melebihi 4 kali ganda iaitu 65,004 kes berbanding semalam iaitu 15,654 kes dan menjadikan negara ini mempunyai bilangan kes harian yang tertinggi di dunia.

Negara dari Amerika Latin ini juga menduduki tangga kedua selapas negara Amerika Syarikat bagi jumlah kes COVID-19 seluruh negara di dunia.

Kes kesembuhan dunia hampir kepada 47%, negara Malaysia berada di kedudukan ke-52 bagi kes yang sembuh.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Statistik COVID-19 Selangor
Khamis, 11 Jun 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Hari ini Selangor mencatatkan sebanyak 3 kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhannya di Selangor berjumlah 1,974.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melonggarkan banyak perkara bagi aktiviti harian. Namun norma baru seperti penjarakan fizikal, menjaga kebersihan diri dan memakai face mask itu tetap perlu diamalkan atau boleh berdepan tindakan kompaun.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

STATUS KESEMBUHAN, 11 Jun 2020

51 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,056 (bersamaan 84.42%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM! Tabik hormat kepada semua hero negara!

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang