STATUS TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (11 JUN 2020)

Kes sembuh = 51
Jumlah kes sembuh = 7,065

Kes baharu positif = 31
(Import = 11
Kes penularan tempatan = 20)

Jumlah positif = 8,369
Kes kematian = 0

Jumlah Kes kematian = 118
kes dirawat di ICU = 5

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Mukim Kapar telah bersih dari kes aktif yang menjadikan kawasan tersebut tergolong dalam Zon Hijau.

Hari ini tiada kes baru dicatatkan di Selangor dan merupakan hari yang sangat bermakna. Namun dalam kegirangan dengan pencapaian ini, terus berdisiplin dan amalkan norma baru. Amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri serta pakai face mask setiap kali keluar rumah. Kita mahu momentum cemerlang ini berterusan, bukan hanya terhenti di sini saja.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Jumlah Keseluruhan kes COVID-19 dunia melepasi angka 7 juta dengan kesembuhan kurang dari separuh jumlah kes iaitu 46.66%.

3 negara dengan kes harian tertinggi adalah termasuk Brazil (kira-kira 30 ribu), Amerika Syarikat kira-kira 19 ribu) dan India (kira-kira 10 ribu). Dilaporkan peningkatan kes yang membimbangkan di Brazil kerana rakyatnya tidak mematuhi perintah berkurung.

Senario yang berlaku di Amerika Syarikat, Brazil dan beberapa negara lain menunjukkan kepatuhan rakyat kepada perintah berkurung dan SOP adalah penting mengawal jangkitan. Contoh terbaik ialah New Zealand dan Sweden. Begitu juga di Malaysia, pelaksanaan PKP dan kepatuhan sosial menjadikan trend jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan terus menurun mengikut unjuran KKM.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

Statistik COVID-19 Selangor
Rabu, 10 Jun 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

TAHNIAH SELANGOR! TIADA KES BARU BUAT PERTAMA KALINYA

Satu rekod yang sangat menginspirasikan buat warga Selangor. Moga terus cemerlang!

Tiada rahsia untuk kejayaan ini melainkan dengan mengamalkan norma baru iaitu penjarakan fizikal, menjaga kebersihan diri serta pakai face mask. Tetaplah berdisiplin, jangan gagalkan usaha cemerlang ini.

Sumber : STFC

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

Maklumat satu kematian terbaharu yang menjadikan sejumlah 118 kes kematian akibat #COVID19 di Malaysia, setakat ini.

Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7.03 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang